Assalamualaikum wr. wb.
Buat sahabat2 dan pembaca setia blogku..apa yang aku katakan pada post aku yang lalu iaitu mengenai musibah dan dugaan daripada Allah SWT memang benar2 menguji aku dan suamiku.
17 Ogos 2009, aku bangun pagi jam 4.45am dengan gembiranya memasak sayur campur untuk dibawa ke opis-POTLUCK. Tak tau le apasal depa nie soh aku yang masak sayur campur..Sesambil tu masak le untuk hubby sebab giliran dia jaga baby-TASKA tutup seminggu (wabak kaki, mulut dan tangan). Tepat jam 7.00 am, lepas cium tangan hubby nak gie keje. Aku buka pintu sambil tangan pegang handbag, beg laptop dan juga sayur campur..Tetiba..
Kenapa gate umah aku terbuka luas?Eh? Mana gie keta aku nie?Dalam hati berkata mungkin malam tadi abang parking kat luar kot?Atau abang sangat baik hati dah panaskan enjin bukakan gate untukku..tapi kenapa gate pintu umah tak buka lagi..Panggil abang..
Waduh!! Astaghfirullah..Innalillahiwainalaihi rojiun..kerete kita kena curik yang..abang cakap..(Aku macam tak berapa dengar lak..)Terus buka gate pintu umah..tengok kat gate..cuping gate luar tu dah kena umpil/potong..tanpa usik mangga gate. Nielah gambarnya yang kuambil sebab nank gie Balai Polis nanti tak reti nak cakap..
Aku memang pening kejap..pk kol 5pm nak jumpa CPO, pastu nak kena buat surat pada CPO pastu lak BOARD paper satu lagi tak siap..AAAAHHHH!!Tensen..Tetiba teringat kat Liz..pandai2 le Liz nak bagi tau boss cam ne..
Nasib baik adikku Joe nak tolong..bawak le kami nie gie Balai..keta WIRA ku buat hal tak leh start..Bab yang paling ku malas ialah nak deal ngan pekerja gomen nie nak2 nye polis..tapi tu le kata orang, don't judge the book by its cover..Rupe2nya polis2 nie sangat membantu dan peramah..siap bagi aku bertenang lagi..aku bukannya cuak cuma rasa otak nie agak jemm..bila disoal siasat dengan macam2 soalan..Untuk pengetahuan korang semua ye..mengikut Encik Polis tu, keta Toyota Rush memang sangat digemari oleh pencuri..minggu nie aje ada 3 buah keta Rush kat Bandar Baru Bangi ilang dan keta ku juga..Pastu bila aku tanya keta apa yang paling tidak digemari oleh pencuri..Encik Polis tu hanya tersenyum macam Sarjan dalam Gerak Polis.
Petang nie nak gie bank lak nak setle pasal insurance..waduuh..penat la..
Kepada pencuri keta ku: WRK 4626=SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & Terima kasih kerana memilih ketaku untuk dicurik..Aku doakan kau mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT..seperkara lagi..renti kan le buek keje2 nie..tak ada faedahnya sebab hidup ko pun tak tenteram, satu sebab ko keje dengan hasil curi iaitu haramla..satu lagi aku akan sentiasa mendoakan untuk kau pada setiap solatku supaya ko akan sentiasa diselubungi perasaan serba salah dan kegusaran dalam hidup kerana ko makan hasil keje haram..
sabo byk2 la kak pah..
ReplyDeleteujian sempena nak Ramadhan tu..
doa sama2 muga keta tu dijumpai dlm keadaan sempurna lagi.. isk.. satu keje pulak nak kene uruskan hal2 insurans, bank, polis dll kan.. kak pah n suami adalah insan 'terpilih'.. huhu..
salam.sabar banyak2 kak pah, bila kita diuji, saya selalu ingat dua perkara, Pertama, ujian itu sebagai kafarah dosa2 kita yang lampau dan kedua, ia bukti Allah menyayangi kita. hidup ini tak lepas daripada ujian. Hanya hambaNya yang terpilih akan mendapat ujian yang menguji sejauh mana kita mampu menghadapinya. Ish...kalau dapatlah sape pencuri kereta yang 'sungguh' berbudi itu...mari kita sunatkan dia reramai.....
ReplyDelete