Assalamualaikum wr. wb
Bulan dan saat yang paling ku nanti telah tiba.2 tahun yang lalu, ku sambut Ramadhan dengan keadaan berpantang. Masa tu, aku memang rajin masak..Kira sebulan le suami dan anak2 merasa air tanganku nie. Bukan pandai le masak tapi boleh lah setakat makan keluarga. Ada gak masak mee bandung. hahaha..aku pun cam tak caya.
Ramadhan lepas, Ramadhan sebagai ibu berkerjaya. Eee..semua makan beli..tak best pun, ada gak usaha masak tapi habis je masak, azan...uhuhu..kelam kabut le makcik..
Ramadhan 1430H nie kuharapkan yang paling best, bermakna. Kalau ikutkan nak puasa kat Makkah, tak gitu bang?tapi kami suami isteri dah berbincang tak panjang tak pendek, kami akan berhijrah ke Al-Jenderami. Sambut Ramadhan di sana. Tinggal pun kat sana. Homestay. Tak ada le air-cond, tapi, boleh lah..Yang best nye anak2 ku pada tahun ini dah belajar solat terawikh. lagi yang dia orang suka, ramai kawan2 mereka..Muhammad Adam pun tumpang sekaki..nasib baik dia lasak tapi tak kacau orang solat. Aku? Aku rasa dengan memberi peluang suami dan anak2 solat terawikh, puasa dengan tenang serta dapat `menyepet' ngan mak ku (Mak Ton), kira aku dah puas hati..Kiranya, pahala tu tempias2 le sikit.
Namun begitu, di awal Ramadhan nie, selagi lagi kami diuji. Mak mertuaku (Mak Jizah) tidak berapa sihat sejak dua menjak ni..So pada 1 Ramadhan Mak Jizah kena masuk Sepital-An-Nur. Lung infection, semput, darah tinggi, kencing manis dan tyhroid..usshh..banyak bebenor diagnosis doctor nie..
Hari nie, 3 Ramadhan-mak Jizah dah boley kuar..tengah tunggu doctor nie..turn aku sebenarnya jaga mak Jizah..Billing pun tengah dibuat..berapa le agaknya?Okess...
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment