Saturday, July 25, 2009

Bengkel Penulisan

Semalam dan hari ini merupakan bengkel penulisan..Banyak yang dipelajari. Seperkara yang agak memalukan diriku ialah penguasaan Bahasa Melayu ku..Ingatkan dah hebat..Rupanya..hampeh..Kalau nak tengok gambar2..boleh temgok kat Facebook Fauzul Naim..malam tadi suamiku yang sangat rajin tengok facebook Fauzul Naim..facebook orang lain pun..ok..kelas dah nak mula..nanti cikgu marah.

Thursday, July 23, 2009

AKP Datang Lagi..

Selama 2 minggu nie aku coordinate interbiu..penat sebab kadang2 preparation tak sama dengan requirement..anyway, dah selesai cuma tinggal satu lagi jawatan..Aku pun tak tau bila nak setkan interbiu nie..

Bila arahan dari langit minta supaya aku present AKP, aku tak rasa terkejut pun..mental aku dah sedia tapi fizikal nie..pernah tak korang gie kerja tapi rasa macam letih..tu le yang kurasa..Tahun 2007-we really have a good team. Semua tau peranan masing2..Tapi Tahun nie macam cakap ngan dinding..kadang tu rasa macam lebih baik cakap ngan dinding pun..huhuhuhahaha..

29 Julai-mock presentation..5-6 Ogos Audit..ntahlah..Ya Allah!! Berikanlah ku kekuatan..

Friday, July 17, 2009

Surah Al-Baqarah Ayat 216

Jadual hidup ku yang terlalu padat hingga kalau kat opis tu 5 kali terasa nak ke tandas baru bergegas hingga menjadikan aku terus down..penat otak, badan..hari Khamis dah selsema..Jumaat dah parah dan hari nie terus demam..patutnya hari nie dan esok ada kursus..tapi I managed to postponed it to the next week..Minggu depan jadual kerja lagi padat berbanding dengan minggu lepas..waddduhh..Kenapalah mesti aku yang kena hadapi segalanya nie..lalu diriku teringat dengan:

Surah Al-Baqarah Ayat 216:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"

Amacam bro..??

Monday, July 13, 2009

Susahnya Menjadi Seorang Sofia Amyra

Sejarah hidup aku tidak pernah flat..dia akan sentiasa turun dan naik..Kerjaya, tugas sebagai isteri, ummi kepada 3 orang anak, peranan sebagai seorang anak. Yang merisaukan aku, tuntutan tanggungjawabku kepada Allah SWT. Takut kalau tak balance..Selalu aku dengar, dunia nak kiamat..dalam mengejar ukhrawai, ujian duniawi melampau2..Ya Allah..mampukah aku..Terpacul dari mulutku-susahnya menjadi diri aku sendiri..aku ke yang mencipta graf hidup aku sendiri?