Saturday, May 30, 2009

Promosi: Resepiku Resepimu Jua

Aku nie memang tak berapa pandai masak. Maklumlah masa sekolah dulu dari form 1 sampai kat Universiti, duduk hostel. Bila cuti je aku melepak ngan kawan2, kerja part time dan lain2 aktiviti yang bukan dikategorikan aktiviti persediaan untuk menjadi seorang isteri yang pandai ke dapur..hahaha..pastu bila dah jadi isteri memang agak gelabah. lebih gelabah lagi bila ipar duai termasukyang lelakinya terer masak. Tapi nasib aku baik sebab suami aku memahami dan keluarganya juga memahami sebabnya mereka tau latar belakang ku dan aku siang2 lagi dah bagi tau yang aku punya kekurangan diri..hmmmm..

Walau bagaimanapun, kekurangan ku ini tidak le kubiarkan. Kalau tak, tidak merasa le suami ku yang baik hati tu air tangan isterinya dan anak2 ku tak le beranggapan umminya ini, ummi yang keras kuali..Rugged cam aku tetap ada maruah bro..

So, dari pengajaran tersebut, aku bertekad untuk kumpulkan resepi; apa2yang aku baca dalam buku resepi dan belajar dari mak atau sesapa saja le akan aku sharekan TETAPI setelah ku cuba resepinya dulu dan olah2 dengan lebih senang dan ringkas, baru aku boleh share ngan korang yang ada masalah cam aku niee..so, SELAMAT MENCUBA dan layarilah link resepiku resepimu jua..kalau ada apa2 cadangan, pls email atau letak kat lam comment, ok...

Wednesday, May 27, 2009

Inilah Detiknya..Burnout!!

Aku pun tak tahu apa yang bakal terjadi pada aku pada masa akan datang. Yang pastinya saat ini aku rasa sangat bosan, stress yang tidak terkawal. Kadang2 bila jalan pun rasa macam nak tumBang. Kereta yang berhenti pun aku rasa macam bergerak..simptom2 stress level meningkat datang lagi.

Kawan2 aku kata minggu nie adalah waktu kerja yang best sebab boss besar cuti lama..tapi ada jugak yang kata tak jugakk..aku?sama aje..cumanya aku rasa sangat bosan dan meluat. Tak tahulah aku tahan atau tidak nak teruskan career aku nie ..minggu depan cuti sekolah. aku nak cuti. i want to spend my time with my kids. aku tak nak pk pasal kerja..aku nak enjoy..kalau aku sakit sapa susah..sendiri jugeekk, yang kesiannya suami tercinta lah dan jugak anak2ku..

So..inilah detiknya..AKU DAH BURNOUT !!

Friday, May 15, 2009

Terkzack Dalam Kenangan

Tadi aku terrempit masuk lam blog terkzack iaitu ibu kepada faheema (bomm..bomm) dan faheem. Walau pun aku rugged..tapi `terusik' le sikit. Korang kalau nak tau-baca le sendiri. Seminggu keje tanpa ada si budak terk nie memang le terasa..masa kat opis lama dulu memang aku boleh cover sorang tapi tak le termasuk keje nak jaga bab2 makan minum dan tidur trainees.Relax..relax..tarik nafas ..lepas..

Oitt..dah pukul 11.38 malam..aku nak tidolah..nanti2 je aku layan `memblog' nie..

Aku Dan Diriku

Aku nie baru aje abis satu kursus. `Cikgu' tu kata orang yang suka mem'blog' atau mem`facebook' adalah orang yang kurang kerja..dalam kata lain patutnya kalau kerja 8 jam sehari tapi buat kerja sepenuhnya dalam 4 jam..aku tengok kat opis aku ramai gak yang mem'blog' atau mem`facebook' ..so nie le yang aku nak cite nih..aku dan diriku..yang cuba nak test power dalam arena nieee..dan nak kira betul ke kalau aku mem'blog' atau mem`facebook' aku akan keje 4 jam?Ada beran?