Sunday, June 28, 2009

Kenangan Di Taman Burung












Gambar2 ini sahaja yang boleh dan sesuai dimuatkan untuk tatapan umum..Best pegi Taman Burung, Kuala Lumpur. Kami pegi pada 14 June 2009.Tak sangka sebest itu..Kalau korang belum pegi..ambil le kesempatan. Seperkara lagi kalau nak pegi..tak payah pakai kasut nak melawa..





Monday, June 22, 2009

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui-22 June 2009






Surah Al-Imran; Ayat 190-200
Mak kata: Baca ayat nie dik sebagai amalan..biar hati tu sejuk..Minta juga supaya orang2 berkenaan juga sejuk dan permudahkan segala urusan..

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berada dalam hati ku..Soalan2 yang bertubi2 ditanya pada pagi ini sukar untuk aku keluarkan dengan bait2 bahasa yang indah dan mudah. Macam nie lah-memang betul dalam satu firman Allah mengatakan bahawa Allah tidak akan turunkan sesuatu kesusahan/masalah itu kalau manusia itu tak boleh mengharunginya. Jangan lupa bahawa Allah juga pernah mengatakan-`nasib sesuatu kaum itu takkan berubah sehingga manusia itu yang mengubahnya' . So, aku sedang cuba mengubah nasib/takdir aku supaya aku boleh keluar dari `kesusahan/masalah'. Allah Maha Adil..Dengan kasih sayangNya, Dia tidak akan menyakitkan hambaNya.
Semalam aku dapat peluang solat zuhur di Masjid Al-Jenderami. Walaupun dah selalu dengar azan tapi azan semalam betul2 meruntun jiwaku..betapa kerdilnya aku disisi Allah. Mungkin kalau aku tidak berperasaan begitu, aku tidak akan datang ke rumahNya..Dunia..dunia..
Bondaku telah menitipkan 2 amalan yang aku rasa senang tapi susah nak buat. Maklum iman aku terlalu nipis..Tapi percayalah mak..adik akan berusaha dan sangat menghargai pemberian mak itu.. Ku titipkan hanya surah Al-Imran..


















































Sunday, June 21, 2009

Ubat Hilang Tenseeennnn

Kelakar 1: Timbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Kelakar 2:Gigi Sakit
Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik gigi untuk mencabut giginya.. lalu doktor gigi bertanya.. "Puan.. gigi mana yang hendak dicabut?" Lalu wanita itu menjawab.. "gigi bahagian atas paling belakang" Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi mula mencabut gigi wanita itu.. tetapi yang dicabut adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita itu bertanya.. "Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan yang sakit yang bahagian belakang? doktor gigi itu menjawab... "sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"
Kelakar 3: Teh RM 1.00
Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesansegalas teh ais...Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendakmeminumnya dia mendapati ada seekor lalatsedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggilpelayan...."Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"Dengan muka bad word si pelayan menjawab.."takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya..."

Tuesday, June 9, 2009

Eppy Besday Kakak & Amni



Eppy Birthday Kakak..Hmmm..dah 9 tahun anak dara ku ini. Fakta menarik mengenai anak daraku ini ialah: dia lahir pada 23.5.2000 pada jam 2.35pm dengan berat 2.35 kg..

Eppy besday Amni.. Satu2 nya anakku setakat ini yang kulahirkan dengan air ketuban pecah.. hahaha.. Besday dia pada 7 Jun 2009 tapi kami raikan pada malam 6 Jun..






Something To Share

Senin (8/6/2009), aku dan suami gie survey air-cond. Nak beli untuk ibu mertuaku yang kurang sihat dan menjadi lebih tidak sihat atas sebab cuaca yang agak panas. Walaupun kami telah ada 3 unit air-cond kat umah sendiri tapi mungkin sebab taukeh kedai tu tak larat layan kita orang yang asyik tanya..kalau luas cam nie, cam tu, berapa hp? So, dia bagi formula terus. Formula untuk tentukan luas=hp air-cond..so bagi yang tak tau dan nak ambil tau cam nielah:

A' x B' x 50 (Luas x Lebar x 50), eg. murid2
20 x 20 x 50=20,000
so;
1hp=10,000
1.5hp=13,000
2hp=18,000
2.5hp=24,000
3hp=28,000

so maknanya bilik atau ruang tamu tu sesuai air-cond yang 2.5hp. Senang tak murid2..buat latihan lain di muka surat 17 soalan no. 1-10, okay?

Thursday, June 4, 2009

Aku dan Anak2 vs Cuti


Semalam (Khamis) aku dah mula cuti. Hari Rabu, cuti aku telah dibatalkan atas arahan untuk bekerja..Redha ajelah..So, semalam aku buat treatment minda yang pada aku sangat seronok. Aku dan anak2 perempuanku telah menyoppingkan diri..Wahhhh..sangat seronok. masa tu baru ter pk patut le Allah tak nak bagi aku jadi millionaire..kalau tak, tak ingat dunia..hahahhaha..
So, hari ini nak buat aktiviti kat umah ajelah selain dari mengemas umah sesambil tu buat keje opis..A'wathif akan teruskan dengan cross stichnya, Amni nak berkebun, Adam gie nursery, suami tercinta gie keje..Cuti sekolah yang lebih bermakna dan untuk budget ciput.





Monday, June 1, 2009

Unexplained Situation

Inilah yang telah berlaku kepada diriku...Situasi yang tak boleh nak kuluahkan dengan bait2 bahasa yang orang boleh faham. Aku dah kronik.Unexplained situation. Help me..

Hi Goat vs Alpha Lipid (HG vs AL)

Aku dan suami memang teringin nak jadik ahli AL. At the same time, dah start minum HG. Nak jadikan cerita malam tadi kami dengan rajinnya buat research antara HG vs AL. Aku rasa aku patut share ngan korang sebelum buat keputusan especially umur kita dah meningkat, anak2 memerlukan khasiat untuk membesar.

So inilah dia (sebelum tu kepada mana2 pengedar atau ahli jangan marah, ini hanya pendapat peribadi kami)

HG
1-Susu Kambing-sangat sesuai bagi yang alah susu lembu
2-Local product
3-Sunnah Rasulullah SAW(semasa peristiwa Israk Mikraj, Jibrail telah menyediakan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing) Baginda memilih susu kambing (minuman yang terbaik selepas susu ibu).
4. Tidak menyebabkan alahan
5. Dan lain2 khasiat lah..
6. In terms of RM:

1 kotak=15 paket; 1 paket=21 gram so, 21 gram x 15 paket=315 gram iaitu untuk 15hari. kalau 30 hari=630 gram,
1 kotak=RM36 (harga pelanggan)x 2 kotak untuk 30 hari=RM72

AL
1. Susu lembu
2-Imported
3-Lain khasiatlah
4. In terms of RM:

1 tin=450 gram=30 hari iaitu RM150 (harga yang paling murah; bukan harga pasaran)

So bezanya: RM150-RM72=RM78

Denagn RM78 tu aku boleh beli lagi 2 kotak HG so, dari segi sunnah, RM dan khasiat memang HG melebihi dari AP. Terpulanglah yee..aku hanya share pendapat peribadi. So, ada beran?

Suamiku vs Buku

Sabtu lepas (30 mei 2009), kami ke READ MALAYSIA di MIECC. Orangnya tak ramai macam kat PWTC. Booth pun tak le sebanyak PWTC. Tapi booth yang nak ku pergi dengan tenang kat PWTC dapat ku perolehi di MIECC. Booth MPH bertambah besar. Seperti yang dijangka A'wathif akan seronok kat PTS booth sebab ada banyak novel remaja. Nasib baik Nadia ada boleh layan dia. Amni aje macam kureng suka. Bila kat booth Ana Muslim je nampak dia happy sket. Aku dan suami berganti2 jaga Muhammad yang kelihatan teruja bangeett..
Seperi yang dijangka suami ku membeli belah. Tapi kuantitinya kurang sikit dari kat PWTC. Memang suamiku dilahirkan untuk sukakan buku dan baca buku. Aku rasa `turun' kat A'wathif. Suamiku bukan sahaja membeli buku di kedai buku, pesta /pameran buku dan yang terbaru sekali shopping online. Waduhh..rasanya kalau perpustakaan negara kekurangan bahan, boleh rujuk kat suamiku. Hmm..memang impian kami nak buat mini library yang proper..tapi ongkosnya belum secukupnya. Anyway, suamiku dan buku umpama irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ok le tu dari jadi kaki pancing atau kumpul stem..hihihi..