Sunday, March 28, 2010

Lama Kutinggalkan..


Unsangkarable..29 Aug last aku login lam blog..7 bulan tu..kira kalau mengandung tu dah besar perut. Bz sangat lah.tak terdaya nak memblog. Tapi lepas nie aku mungkin akan aktif semula. Ada sebabnya..nantikan..suspen..
BTW, kami sefamily 3 hari pegi Pesta Buku. Gambar hubby & Muhammad telah masuk lam facebook PTS...masa nie hubby bagi can aku soooopiiingg...hihihi. Nie le gambarnya..

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Yang Ku Nanti

Assalamualaikum wr. wb
Bulan dan saat yang paling ku nanti telah tiba.2 tahun yang lalu, ku sambut Ramadhan dengan keadaan berpantang. Masa tu, aku memang rajin masak..Kira sebulan le suami dan anak2 merasa air tanganku nie. Bukan pandai le masak tapi boleh lah setakat makan keluarga. Ada gak masak mee bandung. hahaha..aku pun cam tak caya.

Ramadhan lepas, Ramadhan sebagai ibu berkerjaya. Eee..semua makan beli..tak best pun, ada gak usaha masak tapi habis je masak, azan...uhuhu..kelam kabut le makcik..

Ramadhan 1430H nie kuharapkan yang paling best, bermakna. Kalau ikutkan nak puasa kat Makkah, tak gitu bang?tapi kami suami isteri dah berbincang tak panjang tak pendek, kami akan berhijrah ke Al-Jenderami. Sambut Ramadhan di sana. Tinggal pun kat sana. Homestay. Tak ada le air-cond, tapi, boleh lah..Yang best nye anak2 ku pada tahun ini dah belajar solat terawikh. lagi yang dia orang suka, ramai kawan2 mereka..Muhammad Adam pun tumpang sekaki..nasib baik dia lasak tapi tak kacau orang solat. Aku? Aku rasa dengan memberi peluang suami dan anak2 solat terawikh, puasa dengan tenang serta dapat `menyepet' ngan mak ku (Mak Ton), kira aku dah puas hati..Kiranya, pahala tu tempias2 le sikit.

Namun begitu, di awal Ramadhan nie, selagi lagi kami diuji. Mak mertuaku (Mak Jizah) tidak berapa sihat sejak dua menjak ni..So pada 1 Ramadhan Mak Jizah kena masuk Sepital-An-Nur. Lung infection, semput, darah tinggi, kencing manis dan tyhroid..usshh..banyak bebenor diagnosis doctor nie..

Hari nie, 3 Ramadhan-mak Jizah dah boley kuar..tengah tunggu doctor nie..turn aku sebenarnya jaga mak Jizah..Billing pun tengah dibuat..berapa le agaknya?Okess...

Sunday, August 16, 2009

Ujian Allah SWT

Assalamualaikum wr. wb.
Buat sahabat2 dan pembaca setia blogku..apa yang aku katakan pada post aku yang lalu iaitu mengenai musibah dan dugaan daripada Allah SWT memang benar2 menguji aku dan suamiku.

17 Ogos 2009, aku bangun pagi jam 4.45am dengan gembiranya memasak sayur campur untuk dibawa ke opis-POTLUCK. Tak tau le apasal depa nie soh aku yang masak sayur campur..Sesambil tu masak le untuk hubby sebab giliran dia jaga baby-TASKA tutup seminggu (wabak kaki, mulut dan tangan). Tepat jam 7.00 am, lepas cium tangan hubby nak gie keje. Aku buka pintu sambil tangan pegang handbag, beg laptop dan juga sayur campur..Tetiba..
Kenapa gate umah aku terbuka luas?Eh? Mana gie keta aku nie?Dalam hati berkata mungkin malam tadi abang parking kat luar kot?Atau abang sangat baik hati dah panaskan enjin bukakan gate untukku..tapi kenapa gate pintu umah tak buka lagi..Panggil abang..
Waduh!! Astaghfirullah..Innalillahiwainalaihi rojiun..kerete kita kena curik yang..abang cakap..(Aku macam tak berapa dengar lak..)Terus buka gate pintu umah..tengok kat gate..cuping gate luar tu dah kena umpil/potong..tanpa usik mangga gate. Nielah gambarnya yang kuambil sebab nank gie Balai Polis nanti tak reti nak cakap..





Aku memang pening kejap..pk kol 5pm nak jumpa CPO, pastu nak kena buat surat pada CPO pastu lak BOARD paper satu lagi tak siap..AAAAHHHH!!Tensen..Tetiba teringat kat Liz..pandai2 le Liz nak bagi tau boss cam ne..

Nasib baik adikku Joe nak tolong..bawak le kami nie gie Balai..keta WIRA ku buat hal tak leh start..Bab yang paling ku malas ialah nak deal ngan pekerja gomen nie nak2 nye polis..tapi tu le kata orang, don't judge the book by its cover..Rupe2nya polis2 nie sangat membantu dan peramah..siap bagi aku bertenang lagi..aku bukannya cuak cuma rasa otak nie agak jemm..bila disoal siasat dengan macam2 soalan..Untuk pengetahuan korang semua ye..mengikut Encik Polis tu, keta Toyota Rush memang sangat digemari oleh pencuri..minggu nie aje ada 3 buah keta Rush kat Bandar Baru Bangi ilang dan keta ku juga..Pastu bila aku tanya keta apa yang paling tidak digemari oleh pencuri..Encik Polis tu hanya tersenyum macam Sarjan dalam Gerak Polis.

Petang nie nak gie bank lak nak setle pasal insurance..waduuh..penat la..

Kepada pencuri keta ku: WRK 4626=SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & Terima kasih kerana memilih ketaku untuk dicurik..Aku doakan kau mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT..seperkara lagi..renti kan le buek keje2 nie..tak ada faedahnya sebab hidup ko pun tak tenteram, satu sebab ko keje dengan hasil curi iaitu haramla..satu lagi aku akan sentiasa mendoakan untuk kau pada setiap solatku supaya ko akan sentiasa diselubungi perasaan serba salah dan kegusaran dalam hidup kerana ko makan hasil keje haram..

Tuesday, August 11, 2009

Hubungan Hamba Dengan Pencipta

Hidup ini kalau tidak ada cabaran dia akan jadi flat. Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah SWT telah pun direncanakan hidupnya. Cuma kita yang perlu mencorakkannya mengikut keperluan, kehendak dan berlandaskan hukum karma serta merujuk kepada Al-Quran & Sunnah. Tidak semua kejadian yang berlaku di dunia ini yang akan `favour' kepada kita. Maka itulah dinamakan dugaan. Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah kita yang terpilih untuk hadapi semua perkara yang sukar tapi bukan orang lain yang asyik berseronok, bersuka ria.

Tapi kita kena ingat siapa kita disisi Allah SWT. Dia Yang Mencipta kita maka Dia sahaja Yang Maha Mengetahui sesuatu perkara yang ditimpa. Musibah atau Dugaan terpulang pada kita untuk mengintepretasikannya. Kita sebagai hambaNya kenalah selalu mendekatiNya..Sebenarnya makin kita berusaha mendekatiNya dan berkomunikasi denganNya, dugaan kita akan lebih hebat. Jika kita berjaya melepasi dugaanNya maka kenikmatan, sukar untuk kita terangkan. Kita akan jadi hambaNya yang hebat dan martabat kita akan naik lagi dari tahap `awam' ke..Wallahua'lam..

Thursday, August 6, 2009

Mari Rehatkan Minda...

Main Bola Dalam Kapal Terbang:
Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.
Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!
Sewaktu di udara,orang-orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.
“Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.
Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”
“Abisnya tak boleh maen bola didalem kapal.. mereka main bola di luar.”
“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”
“Kan kita pemain simpanan….”


3 Sahabat Malang:
3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…tinggal di sebuah flet 60 tingkat..pada suatu hari,lif rosak… maka kena la pakai tangga..Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..untuk menghilangkan penat..
Raja Start dulu..“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..buat selame lamenye..”sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung..“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung..“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…sebenarnye……kunci rumah…tertinggal kat dalam kerete..”mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..


Oh Abang Mie:
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam inikerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telahmencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”


3 Pesalah:
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkapatas kesalahan mengendap itik buat projek…Lalu hakim berkata..“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahandi penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika YangArif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata…“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.
“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.Pelawak itu kemudian dibebaskan.


Seringgit Dan Lima Puluh Ringgit:
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,NaikSTAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid,rsurau, tambah la sikit..

Sunday, August 2, 2009

Aku Sangat Penat Otak & Badan

Waddduhh..aku penat sangatlah..Tinggal 2 hari sahaja AKP audit nie..lebih memenatkan laptop aku buat hal..aku ngantuk..tak cukup tido..hari nie tido 2 jam jee..itu pun dalam tempoh 2 jam tu ada pelbagai iklan..

Saturday, July 25, 2009

Bengkel Penulisan

Semalam dan hari ini merupakan bengkel penulisan..Banyak yang dipelajari. Seperkara yang agak memalukan diriku ialah penguasaan Bahasa Melayu ku..Ingatkan dah hebat..Rupanya..hampeh..Kalau nak tengok gambar2..boleh temgok kat Facebook Fauzul Naim..malam tadi suamiku yang sangat rajin tengok facebook Fauzul Naim..facebook orang lain pun..ok..kelas dah nak mula..nanti cikgu marah.